HOME TUTORIAL TIPS ISLAM Image Map

Hot Hot!

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

I ♥ Blazer

Luahan hati Salimah Ismail 5 Picit Sini untuk Comment! :)












Macam kenal kan Blazer tu?Tapi kenapakah model yang pakai tu lain.. Hahaha..Saya bukan model itu ok..
*Tak layak jadi model pun..Haha.. 

Ni saya pulak menggayakan Blazer harimau yang dibeli saya! Aummm! ^_^











Apakah sedang berlaku? Haha..Okay..Iye iye relaks relaks..Itu blazer yang sama sebab saya beli kat owner kepada peragaan itu.. Hihihi.. Saya beli dah lama gak..Masa kat bazaar aritu..Dekat Nurul Wonder Wadrobe.. She's gorgeous :)


Hello hello..Back to the story about Blazer..Hihi..Korang tahukan zaman kegemilangan blazer sudah kembali? *Saya tahu saya agak lambat ye..Baru nak cerita! Hehe..I ♥ the trend is back!Ohyeah! Sejak dua tiga bulan ni memang ramai dah yang mulakan balik pemakaian blazer! Hehe.. ^_^ Cute je sesiapa yang pakai blazer ni..Dulu orang selalu kaitkan blazer untuk pemakaian formal but buat masa sekarang ni tak dah kan? Boleh pakai pergi mana-mana ja..

Saya selalu pakai masa pergi jalan-jalan bersama teman atau family..Dan juga boleh dipakai
masa pergi membeli-belah..Masa pakai tu rasa selesa sangat..Sebabnya? *nak tahu ke tak?Mestilah nak kan kan? 



*Blazer labuh..Rasa selesa..Tak risau baju terangkat ke tak                                            






* Kemas.. Tak mudah kedut.. 






* Ringkas.. Pakai terus ja..






* Ala-ala cardigan.. Maksudnya boleh dipakai apabila kita memakai t-shirt atau baju bertangan pendek..






* Menarik dan fashionista






* Sopan untuk muslimah







Hehe..Puas hati tak dengan sebab yang diberi? *Cepat cakap puas hati! Tak kira jugak! haha ^_^
 Jom tengok antara koleksi blazer yang menarik! I love all of them so much ♥


Very niceeeee ^_^ 

Hana Tajima yang pretty! :)

Ala-ala Korean style Blazer ^_^




Apapun..Siapa yang belum beli Blazer yang selesa ni..Cepat pergi beli..Tak kira lah jenis apa atau keluaran designer mana..Pastikan korang ada satu ok? *saya pun baru beli satu..Tengah kumpul duit untuk beli lagi..Biasalah student kan..Hihihi.. 








Sumber: Mr.Google :)


Salimah Ismail

Sunday, April 22, 2012

Loafers Trend Terkini

Luahan hati Salimah Ismail 4 Picit Sini untuk Comment! :)








Seperti yang kita tahu,remaja dan fesyen memang tak dapat dipisahkan. Remaja memang sangat suka berfesyen dan hobi bershopping boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai remaja. Sebagai remaja, kasut  boleh dikatakan menjadi salah satu kegilaan remaja. 


Zaman sekarang pelbagai trend kasut ada di pasaran. Kalau saya sendiri, pantang tengok kasut yang cantik. Mesti perasaan untuk membeli membuak-buak especially kasut yang baru saja di pasaran. Apapun,setiap orang minat jenis kasut yang berbeza-beza .

Tapi seperti yang dapat dilihat,remaja  yang berumur belasan tahun hingga ke umur lebih kurang 20 an gemar tampil bergaya dengan casual shoes seperti 

LOAFERS

Di bawah ni antara design loafers yang cantik dan selalu dilihat di kedai kasut


Warna oren..Design yang simple but really nice..

Warna pink..Banyak remaja gemarkan warna yang lembut ini..
Design ni pun sangat casual dan simple..Sesuai dipakai ke mana sahaja..

Warna biru
Casual Canvas Slip-On warna merah..Design yang sangat menarik kan?Suka..

 Cute Two-Tone Slip-On design yang lain sikit tapi masih memikat hati..

Cantik kerana menggabungkan dua warna..Nampak just nice :)




Kasut Loafers ni salah satu trend yang hangat di pasaran. Dekat mana-mana je kita boleh lihat remaja pakai kasut jenis ni. Kasut ni cantik dan selesa untuk dipakai berjalan-jalan atau ke mana-mana sahaja. Haha. 

Kasut Loafers ni tampil dengan beberapa warna seperti biru,pink,hitam,green dan sebagainya. Ada juga two tone macam yang kat atas ni,kombinasi warna ungu dan putih. So, kepada remaja pencinta kasut. Jom cuba kasut ni. Hehe..

Sumber gambar: Mr. Google

Salimah Ismail

Wednesday, October 19, 2011

Kawan @ Lawan?

Luahan hati Salimah Ismail 3 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum....




Oopsss. Topik sungguh hangat. Haha. Berpeluh-peluh jugak aku nak bincangkan topik ni. Hohoo.Chill chill. Hangat tu memang hangat tapi lebih penting untuk kita tahu siapa kawan kita? dan siapa lawan kita? Tanak pulak nanti kita berkawan baik dengan lawan kita. Fuhh, mintak simpang ye semua. Kalau melalui pandangan mata kasar boleh ke kita kenali siapa kawan atau lawan kita? Tak mudah. Jadi jom kita cuba fikirkan sama-sama ciri-ciri seorang kawan dan lawan :)


KAWAN





1. Bersama-sama tak kira waktu kita senang mahupun susah

Kalau kawan dia tak kisah dan tak berkira langsung walaupun terpaksa luangkan masa bersama kita 7 hari seminggu, 24 jam sehari..Dia sentiasa di sisi kita dalam keadaan apa sekali pun terutamanya waktu kita susah.. Cuba la korang cita masalah korang,kalau dia sahabat sejati dia akan dengar masalah korang walaupun korang dah pernah cerita masalah tu sebelum ni.. Dia tak bosan malah lebih bersungguh-sungguh dan begitu khusyuk mendengar sampai terlena pun ada. Haha..


2. Amanah dan berpegang pada janji


Korang takkan ragu-ragu langsung nak share semua benda dengan diaorang tak kira pasal crush korang la, pasal BIG SECRET korang dan lain-lain sebab korang tahu korang boleh percayakan diaorang.. Satu lagi korang akan suka berjanji dengan kawan sebab tahu masing-masing akan mengotakan janji.. Tak kira la if berjanji nak belanja even choki choki pun.. Yang penting mesti beli bila janji..Haha. Murah atau mahal bukan segalanya.. Yang penting ikhlas.. Cewah~ Haha.. Tapi zaman sekarang tak best laa belanja choki-choki ja..Belanja kinder bueno baru kelasss.. Haha.. Opss..Melalut dah..


3. Bertolak ansur


Bertolak ansur ni mesti dari semua segi la.. Contohlah, harini dan esok korang basuh baju.. Hari-hari seterusnya, kawan kau pulak basuh..(Kalau duk asrama ke, serumah ke) Hahaha. Amboii, ni bukan bertolak ansur.. Ni membuli namanya.. Hee.. Main-main jaaa..Ermm.. Bertolak ansur kat sini macam korang kena la jugak kenalah ada give and take.. Kena la terima pandangan kawan dan menerima kritikan.. Tak boleh la asyik nak menang.. :)



LAWAN



1. Mempergunakan


Kalau lawan, dia selalu muncul time kita senang ja.. Lepas tu lenyap.. Macam chipsmore pun ada.. Kejab ada, kejab hilang.. Sebab apa dia selalu muncul time kita senang? Alah, dia ada misi tersendiri la macam udang di sebalik batu.. Tapi cuba time kita susah,dia hilang! Ni yang nak emosi ni.. Haha. Tapi yang geramnya time dia susah dia cari kita kan? Grr.. Sabar je la..


2. Tikam dari belakang


Orang macam ni kena jaga-jaga.. Kalau boleh pakailah segala topi keselamatan, baju besi, seatbelt semua! Orang macam ni bahaya.. Dia nampak je baik, nampak innocent.. Tapi dalam diam dia buruk-burukkan kita kat semua orang..Sebarkan benda yang tak betul pasal kita.. Dalam hati dia ada sifat dengki ja.. Sikap macam talam dua muka la senang cita..



3. Pentingkan diri sendiri


Macam tadi la.. Time kita susah.. Dia biarkan kita terkapai seorang diri.. Bagi dia, semua benda kena ikut cakap dia, semua benda dia ja betul.. Eee.. Geram betul dengan orang macam ni.. Lepas tu bila kita cerita problem kita dia boleh pulak gelak-gelak.. Kata " Relax la, benda kecil ja tu" Sedangkan benda tu bukan benda ringan..Hish2..





Haaaa. 3 ciri untuk setiap tu sudah la.. Penat menulis dah.. Haha. Masa tulis part lawan sejuk ja hati.. Part lawan tu panasss terus.. Haha.. Biasalah tu.. Santai santai ja.. Bukan untuk ditujukan kepada sesiapa.. Hanya berkongsi pandangan diri sendiri dan semua. Byeeeeee.




Salimah Ismail





Friday, May 6, 2011

Antara Matrikulasi,IPTA dan Tingkatan 6.Mana yang paling sesuai untuk anda?

Luahan hati Salimah Ismail 5 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum...



Susahnya pelajar untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus. Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat ? Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar.


Tingkatan 6, peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik.


Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di universiti minima memerlukan gred yang baik dalam 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong pointer.




Pelajar perlu jelas di dalam strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah juga akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.


Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita untuk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 pointer ke atas.


Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Matrikulasi di universiti lebih dikenali sebagai Asasi. Pelajar perlulah jelas perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut. Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan dengan lebih baik.


Tawaran Terbuka


Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.


Tingkatan 6


Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.


Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.


Kelebihan Tingkatan 6


Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;


Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.


Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.
Matrikulasi KPM


Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 3 jurusan iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Sains dipecahkan kepada 3 modul iaitu Modul I, Modul II dan Modul III. Sistem modul bagi Jurusan Sains ini baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada tiga jurusan umum ini.


Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.


Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.


Asasi IPTA


Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.


Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.


Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.


Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.


Diploma IPTA


Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.


Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.


Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.


Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.


Pilihan Anda


Kesemua program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.


Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.


Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.


Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.


Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.


Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.


Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.


Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.


Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.


Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.




Petikan ni saya ambil daripada Notes Faisal Faisaludeen

Semoga info ini dapat memberi sedikit bantuan kepada diri saya sendiri dan semua yang membaca. Selamat membaca dan berfikir secara mendalam yang terbaik untuk diri masing-masing.

Thanks kepada Abang Faisal untuk info yang cukup berguna. Saya terjumpa kat facebook tadi :)

Salimah Ismail♥

Tips

Luahan hati Salimah Ismail 0 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum..


Mahukan tips menarik? Nantikan update saya nanti.


Fesyen
Kasut Selesa
Trend Blazer Kembali


Umum


Pemilihan Coklat
Case contact lense
Info tentang Matriks, Ipta, Asasi dan Tingkatan 6
Kawan@Lawan?


 Setakat ini jaa. Tunggu dan lihat banyak lagi tips menarik daripada saya :)


Salimah Ismail♥

Saturday, March 12, 2011

Korang suka makan coklat? Berpada-pada la ye...

Luahan hati Salimah Ismail 0 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum..



"Satu bar coklat mempunyai kira-kira 400 kalori. Jika kita memakan setengah bar coklat sehari, anda mesti mengimbangikan 200 calori dengan mengurangkan pengambilan makanan lain"

Hari ni nak share something yang aku baru je baca..


Semestinya pasal coklat.. habaq mai kat aku sapa tak suka coklat? Haha. Mungkin ada yang tak suka.. Tapi aku pasti yang suka tu majoriti dan yang kurang gemar tu minoriti.. Kan? kan? Sapa setuju dengan aku sila buat tangan macam saya! *ala-ala tangan Usop dalam cite Hantu Kak Limah* HAHA



Kita boleh makan colat tetapi secara sederhana okay? Coklat ada kebaikan dan keburukannya. Jom, kita ulas satu demi satu :)

Yang korang duk syok-syok makan coklat tahu dok cokelat ni diperbuat daripada apa?

Okay, coklat diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. So, ini bermakna ia mengandungi banyak manfaat daripada sayur-sayuran yang berwarna gelap.



Makan coklat ada kebaikan ke?

Ye, memang ada kebaikan...

* Bagus untuk jantung. If makan satu bar coklat setiap hari boleh membantu sistem kardiovaskular dan jantung anda akan berjalan dengan lancar.

* Coklat boleh menurunkan tekanan darah.

* Dan juga turunkan kolestrol LDL(kolesterol tak baik) sehingga 10% macam tu.

Wah, hebat jugakkan kebaikan coklat. Di samping itu gak...

* Coklat sangat enak rasanya
* Memberi rasa seronok
* Bertindak sebagai anti kemurungan

So, TIPS penting. TAKE NOTE:

1.   Mengimbangi kalori

Macam mana yer? Penyataan ni bukan bermakna korang boleh makan banyak coklat setiap hari tau. Walau bagaimanapun,coklat masih makanan berlemak dan berkalori tinggi. Kebanyakan kajian menunjukkan tidak lebih 100 gram atau 3.5 auns coklat hitam boleh dimakan sehari untuk mendapatkan kebaikannya.

2. Rasa coklat

Coklat memang sedap kan? Untuk memastikan korang benar-benar menikmati dan menghargai coklat, ambil masa untuk menikmatinya



3. Dapatkan coklat hitam

Kenapa kena coklat hitam bukan coklat putih kan? Antioksidan dalam coklat hitam lebih tinggi berbanding coklat putih atau juga dikenali sebagai coklat susu. Coklat hitam juga ada 65% atau lebih kandungan koko.



4. Elak nuget coklat

Kalau korang nak beli coklat, pastikan coklat hitam asli atau coklat hitam yang ada kekacang, perisa oren atau perisa lain. Korang mestikan elakkan coklat yang ada karamel, nuget or even inti pelbagai perisa sebab ini hanya akan tambahkan gula dan lemak. Haaa! Inti pelbagai rasa ni akan menghapuskan kebaikan bila korang makan coklat. Sayang kan? Jadi pilih coklat betul-betul :)



5. Elak meminum susu selepas makan coklat

Memang la enak minum susu selepas makan coklat. Tapi ada kajian tunjukkan bahawa segelas susu selepas coklat boleh halang antioksidan dalam coklat diserap oleh badan.


Haha. So, ada tips menarik untuk korang follow semasa beli coklat. Choose the best among the best. :)

Nak enjoy makan memang boleh, tapi kita mesti fikirkan kesihatan jugak kan? Tanaklah nanti menyesal di kemudian hari...

Itu sahaja tuk hari ini, jadikan tips berguna ini sebagai panduan dalam kehidupan kita bersama :)



*Info diamik serba sedikit daripada Utusan

Salimah Ismail ♥



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^