HOME TUTORIAL TIPS ISLAM Image Map

Hot Hot!

Saturday, March 12, 2011

Korang suka makan coklat? Berpada-pada la ye...

Luahan hati Salimah Ismail
Assalamualaikum..



"Satu bar coklat mempunyai kira-kira 400 kalori. Jika kita memakan setengah bar coklat sehari, anda mesti mengimbangikan 200 calori dengan mengurangkan pengambilan makanan lain"

Hari ni nak share something yang aku baru je baca..


Semestinya pasal coklat.. habaq mai kat aku sapa tak suka coklat? Haha. Mungkin ada yang tak suka.. Tapi aku pasti yang suka tu majoriti dan yang kurang gemar tu minoriti.. Kan? kan? Sapa setuju dengan aku sila buat tangan macam saya! *ala-ala tangan Usop dalam cite Hantu Kak Limah* HAHA



Kita boleh makan colat tetapi secara sederhana okay? Coklat ada kebaikan dan keburukannya. Jom, kita ulas satu demi satu :)

Yang korang duk syok-syok makan coklat tahu dok cokelat ni diperbuat daripada apa?

Okay, coklat diperbuat dari tumbuh-tumbuhan. So, ini bermakna ia mengandungi banyak manfaat daripada sayur-sayuran yang berwarna gelap.



Makan coklat ada kebaikan ke?

Ye, memang ada kebaikan...

* Bagus untuk jantung. If makan satu bar coklat setiap hari boleh membantu sistem kardiovaskular dan jantung anda akan berjalan dengan lancar.

* Coklat boleh menurunkan tekanan darah.

* Dan juga turunkan kolestrol LDL(kolesterol tak baik) sehingga 10% macam tu.

Wah, hebat jugakkan kebaikan coklat. Di samping itu gak...

* Coklat sangat enak rasanya
* Memberi rasa seronok
* Bertindak sebagai anti kemurungan

So, TIPS penting. TAKE NOTE:

1.   Mengimbangi kalori

Macam mana yer? Penyataan ni bukan bermakna korang boleh makan banyak coklat setiap hari tau. Walau bagaimanapun,coklat masih makanan berlemak dan berkalori tinggi. Kebanyakan kajian menunjukkan tidak lebih 100 gram atau 3.5 auns coklat hitam boleh dimakan sehari untuk mendapatkan kebaikannya.

2. Rasa coklat

Coklat memang sedap kan? Untuk memastikan korang benar-benar menikmati dan menghargai coklat, ambil masa untuk menikmatinya



3. Dapatkan coklat hitam

Kenapa kena coklat hitam bukan coklat putih kan? Antioksidan dalam coklat hitam lebih tinggi berbanding coklat putih atau juga dikenali sebagai coklat susu. Coklat hitam juga ada 65% atau lebih kandungan koko.



4. Elak nuget coklat

Kalau korang nak beli coklat, pastikan coklat hitam asli atau coklat hitam yang ada kekacang, perisa oren atau perisa lain. Korang mestikan elakkan coklat yang ada karamel, nuget or even inti pelbagai perisa sebab ini hanya akan tambahkan gula dan lemak. Haaa! Inti pelbagai rasa ni akan menghapuskan kebaikan bila korang makan coklat. Sayang kan? Jadi pilih coklat betul-betul :)



5. Elak meminum susu selepas makan coklat

Memang la enak minum susu selepas makan coklat. Tapi ada kajian tunjukkan bahawa segelas susu selepas coklat boleh halang antioksidan dalam coklat diserap oleh badan.


Haha. So, ada tips menarik untuk korang follow semasa beli coklat. Choose the best among the best. :)

Nak enjoy makan memang boleh, tapi kita mesti fikirkan kesihatan jugak kan? Tanaklah nanti menyesal di kemudian hari...

Itu sahaja tuk hari ini, jadikan tips berguna ini sebagai panduan dalam kehidupan kita bersama :)



*Info diamik serba sedikit daripada Utusan

Salimah Ismail ♥



0 Picit Sini untuk Comment! :):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^