Wednesday, May 23, 2012

Gigi Besi Part 3

Luahan hati Salimah Ismail
Reactions: 
0 Picit Sini untuk Comment! :)



Seusai solat magrib,Elena terus duduk di atas katil. Tiba-tiba Elena teringat sesuatu. Terus  Ligat tangan Elena mencari sesuatu di dalam laci berhampiran katilnya. Air matanya merembes keluar tatkala tangannya mengusap lembut sekeping gambar yang baru dijumpainya itu. "Mama...Elena rindu mama.." Air matanya makin laju membasahi pipinya itu..

Kenangan lima tahun lepas terus bermain di kotak fikirannya. 

*
"Mama..Jangan tinggalkan Elena...Elena sayang mama..Tolong mama.."

"Sayang..Jangan macam ni..Mama cuma nak pergi kerja saja sayang..Malam nanti mama balik okay..Elena kan kakak,tak boleh lemah macam ni..Elena tak boleh nangis depan adik-adik..Elena kata Elena sayang mama kan?Elena tolong mama boleh?"

"Boleh..."Jawab Elena dengan suara yang terketar-ketar.

"Elena tak boleh nangis dan Elena kena jaga adik-adik..Jangan pernah tinggalkan adik-adik..Boleh janji dengan mama?"

"Janji..." Jawab Elena dalam sedu-sedan lalu terus mendakap erat ibunya..

Kemudian,Elena hanya melihat pemergian ibunya dari jauh.

Setelah hari sudah senja,Elena terus menunggu mamanya di hadapan rumahnya. Dia menunggu dengan hati yang riang tapi kadang-kadang dia rasa semacam. Hatinya tak berapa nak sedap pada hari tu. Namun,sampai waktu magrib mamanya belum pulang juga. Untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang islam. Elena masuk untuk menunaikan solat magrib dahulu. Namun,seusai solat magrib Elena kembali menunggu mamanya di luar rumah. 

"Kakak..Bangun..Kenapa tido di luar ni?"

"Papa,kakak tertido.." Elena menggelarkan dirinya sebagai kakak apabila bercakap dengan papanya.

"Mama..Mama mana?"

"Kejab lagi mama balik la kakak..Jom masuk dulu.." Pujuk papa sambil menarik perlahan tangan Elena untuk masuk ke dalam..

Sebelum sempat menapakkan kaki ke dalam rumah. Tiba-tiba ada motor yang membunyikan hon. Langkah mereka terhenti,lantas terus berpaling menghadap motor yang sedang laju menuju ke halaman rumah mereka.

"Abang Sham...Kak Rina!!Kak Rina!!" Tutur Khairul iaitu jiran sebelah dengan tercunggap-cunggap.

"Kenapa dengan Kak Rina?" Wajah papa Elena terus berubah. Dia seakan dapat merasa sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap isterinya.

"Kenapa Khairul?" Soal papa Elena dengan cemas sambil menggoncangkan badan Khairul.

"Kak Rina...Kak Rina kemalangan kat simpang empat depan tu....." Jawab Khairul yang masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Apa?Teruk ke? Muka papa Elena terus menjadi pucat..Elena yang berada disitu juga sangat terkejut dengan apa yang didengarinya.

"Teruk..." Jawab Khairul dengan nada yang sedih.

"Kat mana Kak Rina sekarang?Kat mana?" Soal papa Elena bertalu-talu dengan cemas.

"Hospital..Kampung.. Selamat.." balas Khairul satu persatu.

"Elena jom! Pergi panggil adik-adik kamu sekali " Papa Elena terus naik kereta dengan kalut sekali. Dia seakan-akan tidak boleh berfikir lagi. Air mata Elena mula mengalir laju. Dia takut akan berlaku apa-apa terhadap mama yang cukup disayanginya itu.

Dengan sepantas kilat,Elena sudah mendapatkan adik-adiknya. Mereka duduk di kerusi belakang manakala dia duduk di sebelah papanya. Dia dapat melihat kerisauan terselah di wajah papanya. Dia juga sangat risau. Tanpa sedar,air matanya sudah membasahi pipinya. 

Setelah beberapa limabelas minit, mereka tiba di hospital. Papa Elena terus berlari ke kaunter pertanyaan untuk bertanya di mana isterinya ditempatkan. 

"Nurse, boleh saya tahu di mana Marina ditempatkan?" Soal papa Elena dalam keadaan cemas.

"Oh, dia di wad kecemasan sekarang. Wad kecemasan di sebelah kiri sana" Jawab nurse sambil menunjukkan di mana wad kecemasan.

Papa Elena lantas berlari ke sana sambil menarik tangan Elena dan adik-adiknya. Mereka menunggu di luar wad kecemasan dengan hati yang risau. Hampir sejam mereka menunggu di luar,namun tiada khabar berita dari dalam wad kecemasan. 

Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki keluar daripada bilik kecemasan itu. Papa Elena dan Elena lantas bangun mendekati lelaki itu. Lelaki itu pasti doktor yang merawat mama Elena. Adik-adiknya yang tidak mengerti apa-apa ternyata sudah terlelap di kerusi akibat penat.

"Macam mana isteri saya?" Soal papa Elena dengan penuh risau.

"Erm...." Balas doktor itu sambil merenung tajam wajah papa Elena.

"Tuan kena bersabar..Ini semua dugaan Allah S.W.T..Allah lebih menyayanginya..Doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,ye" Beritahu doktor itu secara  jelas sambil menepuk bahu papa Elena. Doktor itu terus berlalu pergi.

Papa Elena terkejut, begitu juga Elena. Tanpa menghiraukan orang di sekitarnya. Papa Elena menjerit nama isterinya.

"MARINA!!!!!!!!!!" Jeritannya yang kuat menyebabkan anak-anaknya terkejut dari tido. Papa Elena terduduk di atas lantai.

Mata Elena mula berkaca-kaca semula. Dia terus mendapatkan adik-adiknya. Walaupun kecil,adik-adiknya seakan-akan memahami apa yang terjadi. Mereka terus menangis tersedu-sedan sambil terus mendakap kakaknya itu.

Mereka kemudian mendapatkan papa mereka. Mereka terus berdakapan sambil menangis. Semuanya terjadi dengan begitu pantas. Baru Elena sedar kenapa mamanya suruh dia berjanji menjaga adik-adiknya. Mamanya seperti tahu yang mamanya akan pergi meninggalkan mereka buat selamanya. Hatinya sakit dan pedih. Kenapa mama pergi terlalu awal? Dia keliru tapi dia redha. Dia sangat sedih. Air mata laju membasahi pipinya. Namun, setelah melihat adik-adiknya,Elena perlu kuat. Elena perlu kuat demi adik-adiknya dan dia juga perlu menunaikan janjinya kepada mamanya.

"Mama,Elena berjanji akan jaga adik-adik!!" Tekad Elena walaupun masih sedih dan terkejut dengan semua yang berlaku. Adik-adiknya terus dipeluk. Betapa dia menyayangi mereka.




Bersambung...


Salimah Ismail
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^