Hot Hot!

Wednesday, October 19, 2011

Kawan @ Lawan?

Luahan hati Salimah Ismail
Reactions: 
Assalamualaikum....




Oopsss. Topik sungguh hangat. Haha. Berpeluh-peluh jugak aku nak bincangkan topik ni. Hohoo.Chill chill. Hangat tu memang hangat tapi lebih penting untuk kita tahu siapa kawan kita? dan siapa lawan kita? Tanak pulak nanti kita berkawan baik dengan lawan kita. Fuhh, mintak simpang ye semua. Kalau melalui pandangan mata kasar boleh ke kita kenali siapa kawan atau lawan kita? Tak mudah. Jadi jom kita cuba fikirkan sama-sama ciri-ciri seorang kawan dan lawan :)


KAWAN





1. Bersama-sama tak kira waktu kita senang mahupun susah

Kalau kawan dia tak kisah dan tak berkira langsung walaupun terpaksa luangkan masa bersama kita 7 hari seminggu, 24 jam sehari..Dia sentiasa di sisi kita dalam keadaan apa sekali pun terutamanya waktu kita susah.. Cuba la korang cita masalah korang,kalau dia sahabat sejati dia akan dengar masalah korang walaupun korang dah pernah cerita masalah tu sebelum ni.. Dia tak bosan malah lebih bersungguh-sungguh dan begitu khusyuk mendengar sampai terlena pun ada. Haha..


2. Amanah dan berpegang pada janji


Korang takkan ragu-ragu langsung nak share semua benda dengan diaorang tak kira pasal crush korang la, pasal BIG SECRET korang dan lain-lain sebab korang tahu korang boleh percayakan diaorang.. Satu lagi korang akan suka berjanji dengan kawan sebab tahu masing-masing akan mengotakan janji.. Tak kira la if berjanji nak belanja even choki choki pun.. Yang penting mesti beli bila janji..Haha. Murah atau mahal bukan segalanya.. Yang penting ikhlas.. Cewah~ Haha.. Tapi zaman sekarang tak best laa belanja choki-choki ja..Belanja kinder bueno baru kelasss.. Haha.. Opss..Melalut dah..


3. Bertolak ansur


Bertolak ansur ni mesti dari semua segi la.. Contohlah, harini dan esok korang basuh baju.. Hari-hari seterusnya, kawan kau pulak basuh..(Kalau duk asrama ke, serumah ke) Hahaha. Amboii, ni bukan bertolak ansur.. Ni membuli namanya.. Hee.. Main-main jaaa..Ermm.. Bertolak ansur kat sini macam korang kena la jugak kenalah ada give and take.. Kena la terima pandangan kawan dan menerima kritikan.. Tak boleh la asyik nak menang.. :)



LAWAN



1. Mempergunakan


Kalau lawan, dia selalu muncul time kita senang ja.. Lepas tu lenyap.. Macam chipsmore pun ada.. Kejab ada, kejab hilang.. Sebab apa dia selalu muncul time kita senang? Alah, dia ada misi tersendiri la macam udang di sebalik batu.. Tapi cuba time kita susah,dia hilang! Ni yang nak emosi ni.. Haha. Tapi yang geramnya time dia susah dia cari kita kan? Grr.. Sabar je la..


2. Tikam dari belakang


Orang macam ni kena jaga-jaga.. Kalau boleh pakailah segala topi keselamatan, baju besi, seatbelt semua! Orang macam ni bahaya.. Dia nampak je baik, nampak innocent.. Tapi dalam diam dia buruk-burukkan kita kat semua orang..Sebarkan benda yang tak betul pasal kita.. Dalam hati dia ada sifat dengki ja.. Sikap macam talam dua muka la senang cita..



3. Pentingkan diri sendiri


Macam tadi la.. Time kita susah.. Dia biarkan kita terkapai seorang diri.. Bagi dia, semua benda kena ikut cakap dia, semua benda dia ja betul.. Eee.. Geram betul dengan orang macam ni.. Lepas tu bila kita cerita problem kita dia boleh pulak gelak-gelak.. Kata " Relax la, benda kecil ja tu" Sedangkan benda tu bukan benda ringan..Hish2..





Haaaa. 3 ciri untuk setiap tu sudah la.. Penat menulis dah.. Haha. Masa tulis part lawan sejuk ja hati.. Part lawan tu panasss terus.. Haha.. Biasalah tu.. Santai santai ja.. Bukan untuk ditujukan kepada sesiapa.. Hanya berkongsi pandangan diri sendiri dan semua. Byeeeeee.




Salimah Ismail





3 Picit Sini untuk Comment! :):

MissNadh on Wednesday, October 19, 2011 said...

nak cari kawan yg betul2 sahabat mmg payah.tapi sekali da dapat sampai mati xkan lepaskan ;)

MD on Wednesday, October 19, 2011 said...

Berbakti dengan kawan....berhati hati dengan Lawan...

Salimah Ismail on Tuesday, October 25, 2011 said...

Nadh: tu laa, kawan yang baik kita kena jaga betul2 :)

MD: yeee. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^