HOME TUTORIAL TIPS ISLAM Image Map

Hot Hot!

Monday, May 9, 2011

Hari yang dinanti semakin hampir...

Luahan hati Salimah Ismail
Assalamualaikum...


Harini macam hari-hari yang lain jugak cuma harini pergi gunting rambut bagi pendek, lega ohhh. Haha.
Amoi potong rambut tu ramah gila tanya macam-macam tapi amoi tu ada tanya soklan yang tak boleh belah gila.


"You tanak highlight rambut ke? Sure lagi cantik rambut you"


Haha. Dalam hati gelak je. Merepeklah amoi ni.


Sabar ja lah. Harini aku menghabiskan duit lagi. Beli beg,dress dengan baju. Haha. Serius buang duit, hope pakailah nanti. Jangan buat pekasam sudah.


By the way, tetiba mak aku duk sebut pasal UTP(Universiti Teknologi Petronas) tadi. Kazen aku ada call tadi cakap dengan mak aku pasal UTP. Sekarang aku kembali pusing sebab aku dah buat keputusan pergi kolej mara tapi tetiba mak aku macam nak suruh masuk UTP. Dahla aku calon simpanan je. Tak layak la aku nak pergi sana.




Lagipun semua hebat-hebat kat sana. Kang aku jadi aku tercorot naya. Aku bukan pandai tara mana. Adus.. Sakit kepala bila fikir macam-macam.

Sekarang ni aku tanak fikir apa-apa. I'll just go with the flow. Aku berserah kepada parents and Allah untuk decide the best for me sebab aku tau keputusan Yang Maha Kuasa lebih berkat. AMIN.

Salimah Ismail♥

0 Picit Sini untuk Comment! :):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^