So, jom study smart tuk jadi berjaya. :)
*peringatan kepada diri sendiri
Yeah, bila kita keja sendiri baru kita tau betapa payah dan susah nak dapatkan duit. Penatnya tak terkata masa kerja tapi betapa nikmatnya bila kita ada duit sendiri. Baru tau kenapa kadang-kadang parents kita tanak bagi duit or beli barang mahal tuk kita.
Kerja yang aku maksudkan bukan kerja yang relax dan senang ja. Kerja yang memerlukan kerahan tenaga. Serius, bila dah rasa situasi ini sendiri baru semangat tuk belajar bersungguh-sungguh lepas ni sebab aku InsyaAllah tanak keja macam ni lepas ni. Kerahan tenaga yang banyak tetapi fulus yang masuk tak berapa banyak. Sedangkan kerja yang bagus iaitu kerja yang kita akan peroleh bila kita belajar rajin-rajin dan score,kerja macam ni income yang masuk masyuk ja. Kerahan tenaga tak pun berapa banyak.
Serius, pengalaman bekerja ni memang bagus. Mengajar kita untuk berusaha. Aku pernah kerja sales girl selama sebulan setengah. Kerja berdiri berjam-jam dekat 11 jam tapi sebulan tak sampai rm700. Dan tak tolak duit makanan dan jugok transportation. Haih, kira if tolak tinggai sikit je nak shopping *itu niat utama kerja.Haha*Kerja ni memang membuang masa gak la. Sebab nganga ja banyak. Haha. Terutama bila tadak customers.Nganga nak dekat satu hari kat situ. Tapi fulus ciput. Tu yang aku maksudkan kerahan tenaga yang terlebih.
Kerja kat kantin better, gaji hari. Sehari lebih kurang rm40 sehari dalam 8 jam macam tu or rm30 dalam 5 jam. Better kan dari keja aku sebelum ni? Makanan dah la free dan belajar banyak benda. Aku yang dari tak reti siang ikan boleh jugak siang ikan. Haha. Then then perhati jugak la diaorang masak supaya kita tau basic. Hihihi. Macam macam belajar wey, sebab biasalah before ni asyik ngadap buku kan termasuk muka buku. Mana nak amik tau pasai hal-hal kerja umah.
Tapi kerja kedai makan/kantin semua tu memang renyah dan penat lagi lagi bila ramai orang tak terkira. Haih. Aku hampir berhenti keja dah patutnya minggu ni last tapi bila fikir nak kumpul dulu duit sebab tak best la bila tadak duit sendiri. Memang masih minta jugak duit kat parents tapi segan la jugak if nak minta macam-macam. Kira lebih selesa guna duit sendiri. Masih bekerja mengerah tenaga supaya ada duit nak shopping nanti. Hee. :)
Apa pulok pengalaman korang? Jom share sama-sama.
Salimah ismail♥
3 Picit Sini untuk Comment! :):
kim penah gaduh dengan supervisor kim kat depan customer..
dia start llu..bgg ar..
aah kerja yang memerlu kan kerahan tenaga memang fulus die tak banyak..
tapi kerja yang memerlukan kerahan otak fulus die mmg masyukk..sebab tu la kite kne stdy kan..
raihana pernah kerja kat pizza hut..
sumpah lpas nie mmg tak kan kerja sn lagi dah..
huhu
kim: wahh. ala ala. lagi sekali jangan gaduh gaduh eh. Bincang lek lok :)
raihana: tu laa. pengalaman mendewasakan kita :)
Post a Comment