Assalamualaikum...
I bet korang semua dah tahu pasai ni.... Dah heboh dah...
Dia cuba mencederakan diri dengan pisau yang ada ditangannya..
Tapi aku tetap nak buat entri ni :)
Berbalik kepada kes cubaan bunuh diri...
Gadis ni baru berusia 20 tahun beb... Muda gilaa kan? Difahamkan dia selamat sebab ada tilam kat bawah tu yang dipinjam dari premis berdekatan... Fuhh...
Berjaya memaut tangan gadis itu..
Tapi dia meronta-ronta gak nak terjun..
Anggota bomba berusaha selamatkan gadis itu..
Malangnya terlepas daripada genggaman dan terjatuh..
Dibawa ke hospital...Dia selamat..
Apa motif dia bunuh diri?
Dalam Metro tulis "Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya."
Dalam Utusan tulis "Dipercayai akibat tekanan masalah keluarga dan percintaan."
Apabila ditemu ramah bapa saudara gadis tu, pihaknya sendiri tidak tahu punca kejadian tapi dia akui anak sedaranya tu ada hubungan dingin dengan ibunya.. Ayah dia dah meninggal dunia since dia bayi. Jadi, dia tinggal dengan neneknya sebab masa tu ibu dia tinggal kat Melaka dan baru ja kembali semula ke negeri itu..
Bapa saudara dia kata gak yang gadis tu anak tunggal dan hanya mempunyai adik-beradik tiri..Pastuh baru-baru ni dia ada masalah dengan ibunya tu..Sebab tu lah dia tinggal dengan ibu saudaranya selama sebulan sebelum kembali tinggal kat rumah dia.. Tapi uncle dia tak boleh menolak kemungkinan dia menghadapi masalah percintaan.
So, sulit gak kan kehidupan dia? Mungkin dia tak dapat nak hadapi ni sorang-sorang tapi janganlah sampai bunuh diri kak ooi... Nasib baik Allah masih beri peluang kat dia bertaubat.. Kalau lah dia mati.. Mati bunuh diri ni nak cium bau syurga pun tak boleh. Huaa. Astagfirullahalazim.. Hope dia bertaubatlah kan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk dia dan keluarga dia..
Nak saksikan video dia? Jom kepada yang belum...
Aku tanak tulis panjang-panjang jadi if korang nak berita selanjutnya boleh baca kat metro or utusan...
Diriwayatkan dari Tsabit bin Al Dhahhak ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "Siapa pun yang secara sengaja bersumpah palsu bahwa agamanya bukanlah Islam, maka ia adalah sebagaimana yang ia katakan. Dan siapapun yang membunuh dirinya sendiri dengan sepotong besi, di neraka ia akan diazab dengan benda yang sama".
Diriwayatkan dari Jundab ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "Seorang lelaki terluka dan bunuh diri, maka Allah berkata, "Hamba-Ku mendahului-Ku dengan membunuh dirinya sendiri maka Aku haramkan surga untuknya"".
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, "Ia yang bunuh diri dengan mencekik dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus mencekik dirinya sendiri dan ia yang bunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, di neraka ia akan terus menerus menikam dirinya sendiri".
Sumber: Metro dan Utusan
Salimah Ismail ♥
Salimah Ismail ♥
0 Picit Sini untuk Comment! :):
Post a Comment