HOME TUTORIAL TIPS ISLAM Image Map

Hot Hot!

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Bukan senang nak dapat duit,tapi senang je nak habiskan duit..

Luahan hati Salimah Ismail 3 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum..

So, jom study smart tuk jadi berjaya. :)
*peringatan kepada diri sendiri

Yeah, bila kita keja sendiri baru kita tau betapa payah dan susah nak dapatkan duit. Penatnya tak terkata masa kerja tapi betapa nikmatnya bila kita ada duit sendiri. Baru tau kenapa kadang-kadang parents kita tanak bagi duit or beli barang mahal tuk kita.

Kerja yang aku maksudkan bukan kerja yang relax dan senang ja. Kerja yang memerlukan kerahan tenaga. Serius, bila dah rasa situasi ini sendiri baru semangat tuk belajar bersungguh-sungguh lepas ni sebab aku InsyaAllah tanak keja macam ni lepas ni. Kerahan tenaga yang banyak tetapi fulus yang masuk tak berapa banyak. Sedangkan kerja yang bagus iaitu kerja yang kita akan peroleh bila kita belajar rajin-rajin dan score,kerja macam ni income yang masuk masyuk ja. Kerahan tenaga tak pun berapa banyak.

Serius, pengalaman bekerja ni memang bagus. Mengajar kita untuk berusaha. Aku pernah kerja sales girl selama sebulan setengah. Kerja berdiri berjam-jam dekat 11 jam tapi sebulan tak sampai rm700. Dan tak tolak duit makanan dan jugok transportation. Haih, kira if tolak tinggai sikit je nak shopping *itu niat utama kerja.Haha*Kerja ni memang membuang masa gak la. Sebab nganga ja banyak. Haha. Terutama bila tadak customers.Nganga nak dekat satu hari kat situ. Tapi fulus ciput. Tu yang aku maksudkan kerahan tenaga yang terlebih.

Kerja kat kantin better, gaji hari. Sehari lebih kurang rm40 sehari dalam 8 jam macam tu or rm30 dalam 5 jam. Better kan dari keja aku sebelum ni? Makanan dah la free dan belajar banyak benda. Aku yang dari tak reti siang ikan boleh jugak siang ikan. Haha. Then then perhati jugak la diaorang masak supaya kita tau basic. Hihihi. Macam macam belajar wey, sebab biasalah before ni asyik ngadap buku kan termasuk muka buku. Mana nak amik tau pasai hal-hal kerja umah.



Tapi kerja kedai makan/kantin semua tu memang renyah dan penat lagi lagi bila ramai orang tak terkira. Haih. Aku hampir berhenti keja dah patutnya minggu ni last tapi bila fikir nak kumpul dulu duit sebab tak best la bila tadak duit sendiri. Memang masih minta jugak duit kat parents tapi segan la jugak if nak minta macam-macam. Kira lebih selesa guna duit sendiri. Masih bekerja mengerah tenaga supaya ada duit nak shopping nanti. Hee. :)

Apa pulok pengalaman korang? Jom share sama-sama.

Salimah ismail♥

Monday, March 21, 2011

Saya hilang dua hari eh? Ke mana kah? :)

Luahan hati Salimah Ismail 0 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum...




Sorry la korang. Dua hari menghilang. Hihihi. Pergi Shopping Spree kat KL. HAHA. Bankrup i duhh. Serius..


Pergi Sabtu balik Ahad... Jabnya kan? Tahu takpe... Tak puas dong... (tak puas kau lah! Duit habis guna shopping) HAHA

Alamak.. Korang tau dak hati gua panas duhh.. Nak tau apa jadi? Saya Nur Salimah telah ter-DELETE semua gambar dalam kamera. Sedih bangat duhh. Gambar hari sabtu dan sebelumnya semua secara rasminya telah di-delete! WUAA! Nak mogok ah niii. Ni gara kakak saya yang suruh amik gambar dia. Dan tatkala itu juga MEMORY FULL! oh tidak...Pabila memory full. Tangan ini ligat tekan button delete. Dan tanpa sedar tertekan button delete foder!!!! Geram teramat. Jadi.. Gambar-gambar i posing maut hari Sabtu tak dapat nak dipost kat sini :(

Jadi, korang pasti akan menguap membaca entry panjang sebegini tanpa gambar menarik! Mungkin adaa. Hujung-hujung entry. Haha

Sudahh! Tak mau aku mengingati kisah perih itu!!! Tak leh belah weyy... Aku nangis pas terdelete gambar-gambar dalam kamera tu! Hihihi. Korang diam! Jangan gelakkan aku! (Aku actually malu dengan sendiri..Jom gelakkan aku!)  Geram dengan diri sendiri. Salah tangan aku ni.. Pasaipa la gatai tertekan delete folder. Arghhhh!

Sudah!! Kembali ke tujuan asal entry ini...

Aku stay kat hotel dekat-dekat jalan TAR sebab nak shopping kat situ. Hihihi..

Hotel tu cantik and selesa. I lioke! Kau tau dak, nak jadikan cerita masa tengah survey hotel dekat-dekat situ, terjumpa satu hotel ni.... Lepas tanya-tanya terus jadi stay kat situ. Tapi bila pergi usha bilik dia...Perghh.. Mengancam...


MAK AII! SARANG LIPAS ADUS! Banyak lipas... Macam mana aku nak tidoq dengan tenang... AHAA! Kang lipas tu selinap masuk selimut aku macam mana? Ewww. geli laaa. Hahaha. Aku takut lipas yang besar-besar tu. Geli dongg! Kecik aku boleh terima lagi. Hihihi


Jadi, terus turun bawah. Tau dak abang ipar aku kata apa kat kakak tu " Kak, tak jadi amik laa. Depa ni takut lipas" Bikin malu duhh. Haha. Bagi la alasan yang sempoi sikit kee. " Kak bilik ni kecik sangat. Semua dah makin gemuk" Haha. Alasan ni 'logik' ah sikit.

Lepas tu akhirnya jumpa hotel yang cantik dan selesa tu..

Syok ah shopping kat jalan TAR.. Barang agak murah. Heee. Hari Ahad sebelum balik serbu SOGO... Mak aii. Ada salee. Pokai la i... Beli purse warna PINK gitu. Sukaa. Ingat nak beli handbag tapi tak jadi ah.. Baru je beli beg. Kena berjimat-cermat dalam kegawatan ekonomi sebegini. (aku ja lah gawat. Aku tau poket korang tebal... Belanja jom!)


Ni lah. I liokee! :)



Terasa kejab sangat dua hari tu. Huaa. Seronok tu seronok gak.. Lutut duk terketaq-ketaq dah... Awat? Rabu RESULT WEY  ! HUAA.

Hope result dabom kababom sikit naa! AMIN...

Salimah Ismail♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^