HOME TUTORIAL TIPS ISLAM Image Map

Hot Hot!

Showing posts with label Money. Show all posts
Showing posts with label Money. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Shop till drop. Duit pun hangus..

Luahan hati Salimah Ismail 5 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum..


Muka semangat nak perabis duit~

Hello semuaa. Harini hari yang penat dan busy tapi best. Haha.
*penatnya sampai duk terbaring sambil  type post ni. Hee

So, pagi-pagi bangun stail awai gila tepat jam pukul 4 pagi. Then terus pergi kerjo. Caya dak? Haha. Toksah pecaya sangat. Aku tengah kelentong ni. Aku duk syok mengeruh lagi pukul 4 tu. Hee. Aku bangun lagi 30 minit sebelum nak p kerjo. Hebat dak? Hebat kan. Haha. Ala tempat kerja dekat ja tak sampai  5 minit sampai la.

So, aku kerja dari pukul 9 pagi sampai 3 petang. Then balik umah terlentang sebab penat.
*Tipu aih. Tak terlentang mana pun. Balik-balik terus online. Toksah pecaya sangat aku cakap. Haha

Lepas tu tanya mama, bila nak amik spek ni? Imah tengah eksaited nak pakai spek baru. Tapi sebenarnya niat dalam hati nak p shopping. Hee. Then, mama kata jom.

Then, serius shop till drop betui sebab duit aku hangus lagi banyak daripada duit mama. Haha. Biasalah anak mithali ni. Rasa tak sampai hati nak minta duit sebab dah kerja. Tapi mama belanja T-shirts and tracksuits.
Beli nak buat bekalan setahun kat matriks or kolej mara nanti.

Sedih cepat wey. Aku bakal pergi meninggalkan orang tersayang kat Penang bulan ni. :(
*Nangis sedu sedan sambil lap hingus guna baju. Hihihi. Aku tau korang pasti rindu aku. Nanti free-free mailah melawat aku naa :(

Bekalan masa depan. Acece. Kaler maler T-shirt aku beli. Offer kot. Bedal je banyak-banyak. Ni mama bayar :)


Nampak tak size tu?
*Buat muka terkezut....... +_+
Tu bukti aku gemuk dan amik besar skit sebab aku suka pakai t-shirts yang longgar senang nak bergerak :)




Then bermula la adegan duit hangus aku. Mula mula asyik pilih syria tak hingat dunia. Sebab aku prefer syria if nak pergi kelas ke hape. Senang dan pantas untuk pakai. Jadi, duit aku hangus beli syria. Haha
*Haa. Padan muka. Sapa suruh offer diri kat mama kata nak bayar sendiri..Haha


Aku just amik basic warna yang senang match. :)

 Then,singgah kedai Vincci sebab nampak offer. Aku berkenan tengok wedges tapi malas nak beli sebab aku tau aku nanti buat pekasam tak pakai. Nanti-nanti je lah. Hee.

Last-last berkenan kasut flat. Plain flat. Berkenan yang pink tapi duk fikir terang sangat susah nak match. So, pilih black je la senang match baju :)


Then beli satu jacket putih kat acewin. Suka baju and beg kat acewin. Cantik and murah je :)


Duk posing guna spek baru. Haha. Nak jadi nerd semula dah. Yey~
*Spek mama belanja. Haha

Salimah Ismail♥


Saturday, April 30, 2011

Bukan senang nak dapat duit,tapi senang je nak habiskan duit..

Luahan hati Salimah Ismail 3 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum..

So, jom study smart tuk jadi berjaya. :)
*peringatan kepada diri sendiri

Yeah, bila kita keja sendiri baru kita tau betapa payah dan susah nak dapatkan duit. Penatnya tak terkata masa kerja tapi betapa nikmatnya bila kita ada duit sendiri. Baru tau kenapa kadang-kadang parents kita tanak bagi duit or beli barang mahal tuk kita.

Kerja yang aku maksudkan bukan kerja yang relax dan senang ja. Kerja yang memerlukan kerahan tenaga. Serius, bila dah rasa situasi ini sendiri baru semangat tuk belajar bersungguh-sungguh lepas ni sebab aku InsyaAllah tanak keja macam ni lepas ni. Kerahan tenaga yang banyak tetapi fulus yang masuk tak berapa banyak. Sedangkan kerja yang bagus iaitu kerja yang kita akan peroleh bila kita belajar rajin-rajin dan score,kerja macam ni income yang masuk masyuk ja. Kerahan tenaga tak pun berapa banyak.

Serius, pengalaman bekerja ni memang bagus. Mengajar kita untuk berusaha. Aku pernah kerja sales girl selama sebulan setengah. Kerja berdiri berjam-jam dekat 11 jam tapi sebulan tak sampai rm700. Dan tak tolak duit makanan dan jugok transportation. Haih, kira if tolak tinggai sikit je nak shopping *itu niat utama kerja.Haha*Kerja ni memang membuang masa gak la. Sebab nganga ja banyak. Haha. Terutama bila tadak customers.Nganga nak dekat satu hari kat situ. Tapi fulus ciput. Tu yang aku maksudkan kerahan tenaga yang terlebih.

Kerja kat kantin better, gaji hari. Sehari lebih kurang rm40 sehari dalam 8 jam macam tu or rm30 dalam 5 jam. Better kan dari keja aku sebelum ni? Makanan dah la free dan belajar banyak benda. Aku yang dari tak reti siang ikan boleh jugak siang ikan. Haha. Then then perhati jugak la diaorang masak supaya kita tau basic. Hihihi. Macam macam belajar wey, sebab biasalah before ni asyik ngadap buku kan termasuk muka buku. Mana nak amik tau pasai hal-hal kerja umah.



Tapi kerja kedai makan/kantin semua tu memang renyah dan penat lagi lagi bila ramai orang tak terkira. Haih. Aku hampir berhenti keja dah patutnya minggu ni last tapi bila fikir nak kumpul dulu duit sebab tak best la bila tadak duit sendiri. Memang masih minta jugak duit kat parents tapi segan la jugak if nak minta macam-macam. Kira lebih selesa guna duit sendiri. Masih bekerja mengerah tenaga supaya ada duit nak shopping nanti. Hee. :)

Apa pulok pengalaman korang? Jom share sama-sama.

Salimah ismail♥

Saturday, March 5, 2011

Iklan berbayar yang senang dapat earning!

Luahan hati Salimah Ismail 0 Picit Sini untuk Comment! :)
Assalamualaikum....

Kepada blogger sekalian yang ingin dapat duit selain ber-blogging. Try this.

Yang ni sebiji macam iklan Nuffnang. Dikenali sebagai Heartbeat.





 
Atas ni lah. If baik hati tekan la :) Setiap click akan menderma 4 sen kepada saya. HAHA. (mesti ada yang kata 4 sen ja pun. 4 sen kalau lama-lama insyaAllah banyak kan?) Hee.




Sure ada yang masih ragu-ragu kan? Tapi saya akan membuktikan bahawa Heartbeat boleh bawa keuntungan. Haha.

Okay, so jom terjah earning Mama Zharfan. Pinjam toturial dari dia jugak. Thanks.



Earning dia RM 400.12. Banyak la tu kan? Free-free ja dapat.

Korang just perlu register.

Then yang dah join HB, MESTI promo2 kat friends/readers/followers register under u..
Lagipun free registration .Takyah bayar pun untuk register, then korang boleh tepek ja banner kat blog masing2 macam Sally buat. Korang akan mula dapat duit bila orang click and income masyuk bila org register lepas click your banner.. Senang ja kan?


So, kepada pengguna iklan Nuffnang pulak. Korang jangan risau. Korang leh still guna iklan tu macam biasa.

Gliterati nuffnang? ohh, korang jangan risau, tak affect pun, not at all, 100% guarantee. Sebab Mama Zarfan dah tanya Nuffnang direct pun.Heartbeat bukan competitor Nuffnang sebab HB jual barang-barang souvenir, bukan advertising company macam Nuffnang or etc. :)

So, kepada yang berminat dan nak register. Sally ada amik full toturial dari Mama Zarfan gak. Thanks mama :)

Apa korang tunggu lagi? Jom join.
Lagi cepat korang join, lagi cepat membukit income tu.Jangan tunggu lama-lama.

Tutorial:
(click the image to enlarge it)


1.Mula-mula korang click banner heartbeat bawah ni






 
 
 



2. Klik Icon Hearbeat yang dibulatkan tu



3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan


4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue


5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas





6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan


7. Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang diatas)


8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue




9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat




10. Klik GET A CODE (seperti lampiran diatas)




11. Copy Code yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
 (seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)-setaip code adalah unik/tak sama untuk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)



AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG


1. Pi Kat Design



2. Klik Add A Gadget




3. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then save, ulangi cara yang sama untuk letak ketiga2 iklan berkenaan




4. akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...


DONE :)


P/s: If ada yang nak copy full tutorial (entry ni) untuk promo HB kat blog masing-masing. Boleh ja :) Just mention/backlink to my blog tau. Sebab tanpa full tuto entry, agak susah nak convince org utk join HB :)

Credits to Mama Zharfan.

ALL THE BEST ♥

Salimah Ismail ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^