Tetiba berligar-ligar dalam otak soal kematian. Siapa tak gerun apabila dengar sahaja perkataan MATI kan? Sebab tu ramai yang cuba lari daripada membicarakan topik ini. Tapi sejauh mana kita dapat lari daripada semua ini? Apa pun usaha yang kita lakukan untuk lari daripada kematian tidak akan berjaya.
Bagi saya, perkara pertama yang akan menerjah kotak fikiran saya apabila sebut ja pasal MATI ialah AMALAN saya. Cukup ke amalan saya untuk dijemput oleh Allah untuk menjadi tetamunya di alam barzakh? Siapa tak mahu tinggal dia syurga yang penuh nikmatnya kan?
Rasulullah S.A.W bersabda: " Yang akan mengikuti mayat (semasa dihantar ke tanah perkuburan) tiga perkara (iaitu) : kaum keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua perkara yang akan pulang (kembali ke rumah) iaitu keluarga dan harta. Satu (saja) yang tinggal (yang ikut bersamanya ke alam barzakh) iaitu amalannya." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Merenung sabda Baginda SAW itu membuatkan saya berfikir sejenak. "Ya Allah, adakah cukup amalanku? Aku takut untuk bertemu mu jika dosaku melebihi pahalaku." Itu sahaja yang bermain dalam fikiran. Mendekati ilmu akhirat benar-benar membuat saya insaf. Tetapi kadang-kadang keinsafan saya hanya sebentar. Setelah itu, saya lalai dengan dunia yang serba canggih ini.
Kadang-kadang tanpa saya sedar, apabila saya cuba melakukan pahala. Pada masa yang sama saya jugak ada melakukan dosa. Contoh:
-Saya memakai tudung. Tetapi adakah saya menutup aurat dengan betul? Adakah saya menjaga perlakuan dan tingkah laku sebagai seorang muslimah? Tanpa sedar, kadang-kadang saya alpa dengan perkara sebegitu.
- Saya melakukan solat. Tetapi khusyukkah solat saya? Sempurnakah wuduk saya?
- Saya mempunyai masa yang bernilai. Tetapi adakah saya gunakan untuk jalan yang diredai Allah S.W.T atau hanya membuang masa melakukan benda yang nyata tidak berfaedah?
- Saya suka beli-belah dan jalan-jalan. Tak salah kan? Tapi sedarkah saya bahawa saya tengah membazir sedangkan duit itu saya boleh gunakan dengan lebih cermat dan baik?
- Saya suka online. Memang tak salah. Tapi sedarkah saya bahawa kadang-kadang saya melakukan solat pada akhir waktu?
-Saya tidur lambat. Juga tak salah. Tapi sedarkah saya, saya sejak-sejak ini liat untuk bangun Subuh?
Itu lah saya maksudkan kadang-kadang saya lakukan kebaikan tapi saya tak sedar. Saya juga sedang mengundang dosa pada waktu yang sama. Saya hanya sekadar berkongsi perkara yang saya rasa perlu saya perbaiki.Sememangnya manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan dan bukan mudah nak mengubah dalam sehari dua rutin yang kita lalui sudah bertahun-tahun itu. Tapi, apa salah kita cuba kan? Yang penting keikhlasan diri kita untuk berubah ke arah kebaikan. Semoga saya diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah agar saya mendapat keberkatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Begitu juga dengan pembaca yang sudi meluangkan masa membaca artikel tentang diri saya yang kerdil ini. InsyaAllah dan Amin.
Mari sama renung-renungkan dan kemudian sama-sama muhasabah diri ke arah lebih baik. :)
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila sudah sampai ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya (melambatkan) barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya (mempercepatkannya). " Surah al- A'raf, ayat 34)
Sayidina Ali pernah mengungkapkan kata yang bermaksud: "Dunia ialah pasar akhirat yang mana orang Mukmin adalah saudagarnya, amal soleh keuntungannya, dosa kerugian, manakala panjang usia modalnya."
Ikhlas,
Salimah Ismail
2 Picit Sini untuk Comment! :):
berat topik nie..
berdoalah kepada Yang Maha Esa :)
betol...berdoa kdp pencipta kita ALLAH YANG MAHA ESA....
Post a Comment