HOME TUTORIAL TIPS ISLAM Image Map

Hot Hot!

Thursday, April 21, 2011

Kenapa doa kita kadang kadang tak dimakbulkan?

Luahan hati Salimah Ismail
Assalamualaikum...




Korang pernah tak alami situasi di mana korang berdoa setiap kali lepas solat tapi doa korang tu tak dimakbulkan?


Salimah sendiri selalu gak mengalami situasi begini...Terutama untuk result SPM aritu..


Memang ada masanya kita akan rasa putus asa untuk buat benda yang sama lagi lagi kita berusaha untuk mendapatkannya tapi akhirnya kita tak dapat..


Memang sukar untuk diri menerima tapi kita kena ingat doa kita tu..




Bukan tidak diterima tetapi belum sampai masa dan ketikanya...

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..






Jadi daripada ayat kat atas tu kita kena yakin..InsyaAllah jika kita tak dapat benda yang kita idam-idamkan lani maksudnya..Kita dijanjikan dengan sesuatu yang lebih baik suatu hari..
*peringatan kepada diri sendiri..

Oleh itu, sama-samalah kita terus berdoa untuk mendapat sesuatu ganjaran yang lebih baik..Dan jangan lah cepat berputus asa daripada terus berdoa kerana sesungguhnya..

Dengan berdoa,  menunjukkan kita taat dan ingat Allah Subhanahu Wata'ala. Amalkanlah berdoa di setiap masa dan dalam apa jua keadaan kita sama ada di kala senang mahupun susah.

Bukankah Allah telah memerintahkan kita supaya berdoa kepada-Nya sebagaimana maksudnya firman-Nya :

 'Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'.

Oleh itu mintalah kepada-Nya kerana kepada Allah saja tempat meminta pertolongan. Semoga doa kita diterima Allah Subhanahu Wata'ala dan kita semua menjadi hamba-hamba-Nya yang soleh, Amin Ya Rabbal'alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 tafsirnya :

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka beritahu kepada mereka : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul".
Peringatan untuk diri sendiri dan sekadar untuk berkongsi bersama :)


Salimah Ismail♥

3 Picit Sini untuk Comment! :):

Intan Syafiqah on Saturday, April 23, 2011 said...

Digalakkan lepas berdoa, baca selawat atas Nabi Muhammad S.W.T supaya doa kita diangkat oleh malaikat ke langit. cikgu sekolah agama saya pesan =) hee

Salimah Ismail on Saturday, April 23, 2011 said...

ye :) thanks komen..

mamaDiana on Saturday, April 23, 2011 said...

Terima kasih mengingatkan..salam singgah sini

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^