Hot Hot!

Sunday, February 6, 2011

Officially Penganggur Sepenuh Masa

Luahan hati Salimah Ismail
Reactions: 
Assalamualaikum


Ni ah tempat kerja aku :)

Wah, lama gila tak blogging beb. Rindu blogging. Ni kira first post untuk 2011. bhahah. Nak tau Sally p mana? Sebenarnya, sally kerja aritu. Kerja as Sales Assistant kat S&M Jewellery. Tapi 5th Feb aritu last day kerja. :( Sedih jugak lah nak tinggalkan orang-orang kat sana. Tapi, nak buat macam mana. Ada alasan tersendiri stop kerja :) hee. So, 1 bulan lebih la kerja. Syok tu memang syok ah. Tapi penat ohh. Dah la kerja hampir 11 jam gituu. SAKIT KAKI mak aiii tak tahan, biasalah mula-mula tu sakit sebab tak pernah kerja sebelum ni. bhahaha. Tapi stop bukan sebab tu lahh. Ada sebab lain. Nak tau kaa? haha. RAHASIA :)

haha.


Ni Kak Mar, rakan sekerja.

Kak Mar memang gila gila ah. Ada ja cerita dia, tapi syok ah kerja dengan dia sebab tak boring langsung. bhahaha. Dia dah kerja lama kat situ, 1 year plus dah. Basic pon dah naik. SYOK KOT. Aritu pekerja lama dapat bonus basic diaorang. Kami-kami yang pekerja baru tak dapat bonus :(
Hahah. Selalu apa yang kami buat of course serve customers. If tadak customer, kami kemas-kemas apa yang patut. If semua dah kemas, apa lagi popet memanjang lah. Kak Mar cerita lah kisah-kisah kehidupan dia. Aku pon kadang-kadang cerita gak. Bhaha.

Kadang-kadang tu if kami dah lenguh sangat,apa lagi duduk ah. SHUU. Jangan gitau bos, nanti Kak Mar kena buang kerja. bhaha. Tapi semua orang dah tau dah cara dia duduk. MAK AII, sempoi gilaa beb. :)

Nak tengok? BHAHAH. Maaf ya Kak Mar. :P


Macam ni ah, sempoi kan? kadang-kadang Sally pon duduk macam ni. Terikut-ikut lah katakan. Syok gak duduk macam ini tapi sakit pungkoq duk lama-lama. BHAHA.

Kami selalu cerita pasal cerita Kejora dan Bintang. Sebab dua-dua minat cerita tu. Best cerita tu. Kami tengok yang ulangan punya. Yang kadang-kadang pukul 11 lebih, kadang-kadang 12 lebih. Ada gak ulangan dekat pukul 1 lebih. If larat, Sally tengok lahh. If tak, Kak Mar lah yang update cerita tu kat Sally. Kadang-kadang dia pon tak tengok if ngantok sangat. Bhaha. Sedih kan kisah kami? terpaksa tengok ulangan ja sebab wanita berkerjaya. Bhaha. Tapi lani, Sally dah boleh tengok ah, sebab penganggur sepenuh masa. Maaf ya Kak Mar, tengok ulangan ja lah naaa. :)

Yang ni lah. Tengok tau! Best. Banyak sangat dugaan :)


Kak Mar duk menggila dah ni. :)


Ni Yana, sama umur dengan Sally. Dia datang jauh-jauh dari Perlis nak keja kat sini sebab makci dia keja sini. Bhaha.

Alamak, sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal kerja. Tapi, next time oke?
Apapun banyak pengalaman baru yang Sally dapat. Kawan-kawan pon gempak. Huaa, dah mula merindui
 diaorang semuaa. :(

Salimah Ismail




2 Picit Sini untuk Comment! :):

naz on Sunday, February 06, 2011 said...

hello geng :) saya pun penganggur haha

Salimah Ismail on Monday, February 07, 2011 said...

bhaha.bagus lah. sama2 kita menganggur :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Best from me!

Hot Stories

Mai baca ^_^